Lindungi keluarga anda
dari ketidakpastian ekonomi

Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor dirangkakan khas untuk meningkatkan kedayatahanan kewangan keluarga penduduk Selangor.

PENGENALAN

Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk memberikan sokongan kepada keluarga-keluarga pasca-pandemik, meluaskan manfaat kepada 30,000 keluarga dengan RM300 sebulan untuk keperluan asas dan alat pendidikan.

BINGKAS bertujuan meningkatkan kestabilan kewangan, mengurangkan cabaran ekonomi, dan memperkukuh keharmonian keluarga serta kemakmuran di Selangor.

MANFAAT

e-Wallet BINGKAS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar

Urusniaga pembelian secara tanpa tunai (melalui e-Wallet)

Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300

Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan

e-Wallet BINGKAS akan ditambah nilai ke tahap RM300 setiap bulan secara automatik

SYARAT KELAYAKAN

Bermula 1 Julai 2024

Warganegara Malaysia

Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah

Pemilih berdaftar di Selangor

Keluarga yang mempunyai tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah

Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Anda bersedia untuk memanfaatkan program BINGKAS?

Hak Milik Kerajaan Negeri Selangor | Selcare Management Sdn. Bhd. 2024